PENERANGAN ISU SEMASA
17 FAKTA KRITIKAN MEMBINA TERHADAP TEORI KONSPIRASI ANWAR?
OLEH : AJAN PRO-KEBENARAN
1. Adalah wajar diandaikan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, dengan beralasan bahawa mana mungkin terhasil buku bertajuk: 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Adalah, dipercayai bahawa konspirasi itu datang daripada musuh-musuh politik Anwar yang telah menjadi mangsa konspirasi Anwar demi mencapai cita-cita politiknya terdahulu bukannya daripada Mahathir dan pihak polis. Pada pandangan sesetengah orang tidak salah membuat konspirasi itu kerana untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang selama ini amat kabur di ketahui umun. Oleh yang demikan, konspirasi yang wujud boleh dianggap sekadar untuk mengumpul fakta-fakta dan bukti-bukti bagi membuktikan bahawa Anwar bukanlah warak seperti imej indah yang dibawanya di khalayak ramai; di samping kepentingan pihak tertentu tetapi bukan Mahathir atau pihak polis.
2. Perilaku negatif dan tidak berakhlak Anwar terlebih dahulu diketahui dan diceritakan oleh pihak parti pembangkang terutama parti Pas iaitu, semasa Anwar masih berada di dalam Kerajaan Barisan Nasiona. Mereka meminta Kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan tegas terhadap Anwar, malangnya pada masa itu, perilaku buruk Anwar itu masih amat sukar dipercayai oleh sebahagian besar daripada peminpin-peminpin Umno termasuklah Mahathir. Namun, hasil daripada laporan penyiasatan polis dan tingkah laku Anwar menunjukkan dan menjadi bukti bahawa tuduhan-tuduhan salah laku seks Anwar adalah melampaui keraguaan iaitu ada kes kesalahan perilaku seks tetapi mengapa pula Pas menyokong Anwar ?; kerana parti Pas mengambil kesempatan/eksplotasi daripada kemelut yang akan wujud dalam Umno dan bersandiwara dengan menyokong Anwar dan mereka turut berkata perilaku buruk Anwar itu adalah satu konspirasi. Di samping menpergunakan isu-isu yang dibangkitkan oleh Anwar yang sebenarnya bertujuan mengalih padangan masyarakat terhadap isu salah laku seksnya. Bukannya, menperjuangkan hak-hak rakyat; jika benar hendak menperjuangkan hak-hak rakyat mengapa tidak disuarakan dan dilaksana semasa beliau di dalam barisan kabinet Kerajaan Barisan Nasional?
3. Kenyataan sebanyak dua kali pada masa yang berlainan oleh Anwar sendiri bahawa Mahathir tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan beliau itu pada awal pemencatannya; ada rasional mengatakan ‘sudah tertentu Anwar berfikir dan menyiasat siapakah yang terlibat dalam konspirasi untuk dijadikan bukti dalam teori konspirasinya sebelum beliau mengeluarkan kenyataan kali kedua bahawa Mahathir tidak terlibat dalam konspirasi tersebut’ jelas Anwar menperakui walaupun ‘berfikir dua kali’ beliau tetap yakin bahawa Mahathir tidak terlibat dalam konspirasi tersebut. Tetapi mengapakah pendirian Anwar berubah?; kerana ia merupakan strategi politik Anwar untuk membela diri dan menyelamatkan cita-cita politiknya; adalah difikirkan lebih mudah untuk mencapai tujuan itu dengan strategi ‘menyerang’ pemimpin-pemimpin utama umno tidak terkecuali Mahathir. Dengan harapan strategi politik itu berjaya melemahkan kekuatan umno dan lihat sekarang kesannya. Justeru itu, Mahathir yang kemudiannya termasuk dalam hipotesis teori konspirasi Anwar adalah semata-mata strategi politik Anwar; bukannya kebenaran kerana kebenaran telah dinyatakan oleh Anwar sendiri pada awal pemecatannya. Selain itu, strategi itu kerana kekaburan Anwar untuk mengenal pasti siapakah yang sebenar yang terlibat’ lalu bertindak seperti kata pepatah melayu “marahkan nyamuk kelabunya dibakarâ€Ânamun, kenyataan ini mungkin sukar diterima khususnya para penyokong parti Keadilan yang tidak memberi perhatian sewaktu di awal pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan lalu menjadi keliru dan menjadi penyokong kuat mereka. Adakah masih ada ruang kesedaran?
4. Tindakan Anwar yang menghantar senarai nama-nama tokoh tertentu yang didakwanya terlibat dalam konspirasi tersebut kepada Mahathir, bukti amat jelas menunjukan bahawa Anwar mengakui Mahathir bukan dalang yang terlibat dalam dakwaan konspirasi tersebut. Apakah rasional dan wajarnya Anwar menghantar senarai nama tersebut kepada Mahathir yang kemudiannya didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi?
5. Kesanggupan Anwar untuk hadir ke mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno yang membincangkan isu pemecatan Anwar membuktikan secara tidak langsung bahawa Mahathir tidak terlibat dalam dakwaan konspirasi. Apakah perlunya Anwar untuk hadir ke mesyuarat tersebut bagi mendapat pembelaan daripada Mahathir iaitu orang yang didakwanya sebagai dalang dalam teori konsperasinya di samping ahli Majlis Tertinggi Umno? mana mungkin Anwar akan dibela jika Mahathir dan ahli Majlis Tertinggi Umno terlibat dalam konspirasi; jadi apakah rasional bukan helah atau alasan bersifat falasi untuk menjawab persoalan ini? Sebenarnya Anwar sendiri mengetahui bahawa mereka tidak terlibat dalam konspirasi dengan meperhatikan tindakan-tindakan Anwar sendiri tetapi ramai yang tidak menyedari hal ini.
6. Kenyataan Anwar semasa menjawab pertanyaan pemberita asing tentang sebab-sebab beliau menyatakan pula bahawa Mahathir terlibat dalam dakwaan konspirasinya dan mengapa dahulu tidak. jawapan Anwar kepada pertanyaan tersebut ialah untuk memberi peluang kepada Mahathir untuk menyelamatkan diri sebelum beliau bertindak balas. Alasan yang diberikan itu tidak kukuh mungkin ada logiknya; ini kerana Anwar sepatutnya perlu memikirkan cara untuk menyelamatkan dirinya bukannya Mahathir. Jelasnya kenyataan ini bersifat harafiah atau janggal. Dengan itu, ternyata Anwar tidak konsisten atau tekal dalam kenyataan-kenyataan pembabitan Mahathir dalam konspirasi. kenyataan Anwar ini dibuat setelah beliau gagal memujuk Mahathir dan api kemarahan terhadap musuh-musuh politiknya dalam Umno menyebabkan beliau bertindak seperti pepatah melayu “ marahkan nyamuk kelabu dibakar†dengan menjadi Mahathir sebagai sasaran utama bagai merosak dan memusnahkah Umno.
7. Sebelum pemencatan Anwar tidak ada kedengaran desas-desus wujudnya konspirasi menjatuhkan beliau daripada mana-mana pihak termasuk Mahathir. seandaianya teori konspirasi Anwar itu benar; sudah tentu kedengaran desas-desus konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Hal ini kerana Anwar dan penyokong-penyokong setianya dalam umno pasti dapat mengetahui kewujudan sesuatu desas-desus konspirasi untuk menjatuhkan beliau kerana ramai watak manusia yang termasuk dalam hipotesis teori konspirasi Anwar. Ini kerana dengan ramainya watak yang terlibat pastinya kegiatan konspirasi itu terdedah dan tersebar; andainya benar wujud konspirasi menjatuhkan beliau mengapa Anwar tidak menghebahkan desas-desus konspirasi itu sebelum beliau dipecat. Sebaliknya isu konspirasi itu hanya timbul setelah beliau dipecat daripada timbalan perdana menteri dan timbalan presiden umno; diulang sekali lagi bahawa desas-desus konspirasi menjatuhkan Anwar tidak pernah timbul sebelum pemecatan Anwar walaupun didakwaan konspirasi itu terlibat ramai watak manusia. Oleh itu, di mana letaknya kebenaran teori konspirasi Anwar? Sebaliknya terdapat kedengaran desas-desus konspirasi daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno. Orang-orang tertentu dalam Umno tahu siapa dia…
8. Di dalam sejarah peradaban manusia dan luar negara pernah terjadi konspirasi daripada orang berjawatan lebih bawah untuk menjatuhkan orang yang berjawatan lebih tinggi. Dalam konteks sejarah politik Umno-Malaysia kenyataan ini mempunyai kebenaran; misalnya konspirasi yang diketua oleh Naib Presiden Umno pada masa itu untuk menjatuh Mahathir sebagai Presiden Umno yang seterusnya membawa kepada pemharaman Umno. Justeru itu, ditegaskan di sini bahawa tiada wujud sama sekali konspirasi daripada Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden Umno untuk menjatuhkan timbalannya Anwar; kerana Mahathir berjawatan lebih tinggi daripada Anwar. tambahan Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden Umno mempunyai hak di sisi undang-undang dan peraturan untuk melantik atau memecat seseorang menteri. Oleh itu, Mahathir tidak perlu membuat sebarang konspirasi jika Mahathir ingin memecat Anwar kerana pemecatan seseorang menteri di bawah bidang kuasanya sebagai perdana menteri dan Presiden Umno. Persoalannya, adakah anda percaya bahawa elemen-elemen peristiwa sejarah berulang kembali? Diketengahkan kata-kata ahli falsafah dan orang tua-tua “sejarah dan pengalaman merupakan pedoman hidup yang amat berhargaâ€Â
9. Sugia diingatkan bahawa seseorang perdana menteri mempunyai kuasa di sisi perlembagaan dan undang-undang negara Malaysia untuk melantik, memindahkan atau memecat seseorang menteri dalam kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. oleh yang demikian, Mahathir tidak perlu mengemukan sebarang alasan untuk melantik, memindah atau memecat seseorang menteri termasuk Anwar sebagai menteri kewangan kerana ia sah di sisi undang-undang negara. Justeru itu tidak perlu diadakan sebarang konspirasi untuk semata-mata memecat atau menbuang Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan kerana itu bidang kuasa perdana menteri.
10. Jika Mahathir memang berniat untuk menjatuhkan Anwar atas alasan yang didakwa oleh Anwar iaitu ingin melakukan penyelewengan wang demi kepentingan kaum kerabat dan kroni. Mahathir tidak perlu memecat Anwar jika semata-mata untuk tujuan itu; ini kerana Mahathir boleh memindahkan Anwar kepada menteri pertahanan sebagai alasan untuk dilantik menjadi perdana menteri. Hal ini kerana menjadi kebiasaan bagi perdana-perdana menteri terdahulu pernah dilantik menjadi menteri pendidikan, menteri kewangan dan menteri pertahanan. kebiasaan amalan ini dipraktik oleh Perdana-perdana menteri Malaysia: tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussien Onn. Merujuk kepada Anwar yang hanya tidak pernah menjadi menteri pertahanan, jadi alasan ini difikirkan tepat dan wajar untuk dilaksanakan untuk bolehkan Mahathir melakukan penyelewengan wang andaikannya betul dakwaan Anwar. Selain itu, alasan kegagalan Anwar menyelesaikan masalah ekonomi negara juga boleh dijadikan alasan untuk membuat pemindahan kementerian kewangan kepada kementerian pertahanan; di samping alasan ancaman berterusan daripada pihak asing terhadap kedaulatan negara Malaysia. kebiasaan ini terkecuali terhadap Datuk Sri Abdullah Badawi kerana pemencatan Anwar yang membawa kepada pelantikkan beliau bukannya konspirasi.
11. Pendirian awal Mahathir supaya perwakilan Umno sendiri yang memilih timbalan perdana menteri yang baru bagi mengganti Anwar. Namun, di atas cadangan seorang senator supaya Mahathir memilih penggantinya untuk cuba berusaha menstabil ketidak tentuan politik pada masa itu. Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang berpendirian tegas dan bijak mentadbir telah mengubah pendiriannya dengan mengikuti cadangan senator tersebut dengan memilih dan melantik Datuk Sri Abdullah Badawi sebagai timbalan perdana menteri. Jelas memenunjukkan bahawa tiada konspirasi daripada mahahtir untuk menjatuhkan Anwar kerana tindakan melantik Datuk Sri Abdullah Badawi membuktikan tiada perancangan daripada seorang yang tegas dan pentadbir yang bijak sana serta bertentangan dengan keperibadian Mahathir.
12. Apabila Mahathir ditanya oleh pihak pemberita iaitu “ Adakah Anwar dipecat oleh beliau kerana perbezaan pendapat untuk menyelesaikan masalah ekonomi?†Namun, Mahathir menafikannya sebaliknya menyatakan walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi beliau percaya jika diberi penerangan yang secukup kepada Anwar pendapatnya akan diterima. jelas sekarang pendapat Mahathir nampakkan kejayaan dalam pemulihan ekonomi negara. Jika benar? wujudnya konspirasi menjatuhkan Anwar daripada Mahathir; Mahathir boleh mengambil kesempatan itu untuk sengaja memburuk-buruk Anwar kerana pendapat Anwar yang terpengaruh dengan formula Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) boleh dianggap sebagai percubaan mengkhianati ekonomi negara tetapi Mahathir tidak melakukannya. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa Anwar cuba mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada Mahathir dengan cuba mengambil kesempatan daripada tekanan masalah ekonomi negara pada masa itu sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Adakah Anwar begikut gilakan kuasa sehingga sanggup mengkhianati ekonomi negara? Berkemungkinan jika percubaan Anwar berjaya, beliau akan mengatakan masalah ekonomi berterusan ini berpunca daripada kegagalan kepimimpinan Mahathir dan negara-nagara lain juga menerima bantuan kewangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lain-lain alasan yang difikirkan logik.
13. Ucapan terima kasih Anwar kepada ketua polis negara ketika itu iaitu Tan Sri Rahim Mohd. Nor kerana memperjelaskan kepada umum bahawa anak luar nikah yang sebelum ini didakwa sebagai anak Anwar telah dinafikan oleh Tan Sri Rahim Mohd. Nor; sebaliknya diperjelaskan bahawa anak luar nikah tersebut ialah anak setiausaha sulit Anwar. perjelasan oleh Tan Sri Rahim Mohd. Nor adalah hasil daripada ujian DNA yang telah dilakukan kepada anak tersebut dan setiausaha tersebut, namun Anwar enggan membenarkan ujian DNA terhadap dirinya. Justeru itu, ucapan terima kasih menjadi kenangan dan perakuan secara tidak langsung daripada Anwar sendiri bahawa pihak polis tidak terlibat dalam konspirasi. Apakah perlu Anwar berterima kasih kepada pihak yang kemudiaannya didakwa sebagai terlibat dalam konspirasi itu yang telah menghancurkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
14. Kekerasan polis terhadap tahanan (tertuduh) bukanlah suatu perkara baru. Memang diakui kekerasan polis itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang mahupun hak asasi manusia. tetapi kejadian kekerasan yang dilakukan oleh ketua polis negara ketika itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti ataupun fakta kepada kebenaran teori konspirasi Anwar. Hal ini kerana peristiwa kekerasan polis terhadap Anwar semasa penyiasatan semata-mata meminta pengakuan daripada Anwar sendiri; di samping sebahagian daripada perancangan provakasi Anwar terhadap pihak polis.
15. Tindakan Anwar pada mulanya sekadar meminta kuasa mahkamah untuk membuat pengharaman ke atas buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM tanpa menyaman pengarang iaitu Khalik Jefri. Apakah Anwar takut untuk menyaman pengarang mungkin bimbang apabila tindak saman dibuat menyebabkan isi kandungan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM disiasat bagi mendapat kebenaran untuk proseS pendakwaan, jadi difikirkan selamat untuk mengharam saja buku tersebut daripada menyaman pengarangnya. Oleh itu, menjadi persoalan tindakan awal Anwar yang meminta perintah pengharaman itu apakah perkara-perkara tersembunyi yang cuba diselindungi oleh Anwar kepada pihak polis dan khalayak ramai. Persoalan ini diperkukuhan dengan kenyataan Anwar sendiri yang mengaku bahawa beliau hanya manusia biasa tidak dapat lari daripada salah dan dosa semasa diminta untuk melakukan sumpah bahawa beliau tidak melakukan perkara-perkara yang diterangkan di dalam buku tersebut.
16. Suatu lagi persoalan yang sengaja ditingalkan oleh Anwar kerana tindakannya yang tidak menjawab soalan-soalan dengan tepat walaupun soalan yang diajukkan itu adalah mudah sekali semasa. Proses pendakwaan kes rasuah yang berkaitan dengan penutupan keaibannya daripada diketahui umum. sebaliknya jawapan Anwar berkisah dakwaan teori konspirasinya dengan mengemukakan hipotesis-hipotesisnya kepada pihak pendakwa raya dan mahkamah. Apakah Anwar bimbang rahsianya terbongkar jika soalan-soalan itu dijawab dengan tepat?
17. Anwar dengan sendiri menyatakan bahawa mahkamah akan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas sebelum proses pendakwaan bermula. Hal ini telah menjadi kebiasaan Anwar untuk mengkoordinasi pemikiran orang ramai sebelum membuat tindakan susulan supaya orang ramai tidak mempercayai mahkamah; bagaimanapun ini tidak disedari oleh banyak orang. Adakah Anwar begitu bimbang dengan bukti-bukti kukuh yang didakwa dimiliki oleh pihak berkuasa terhadap dirinya hingga dengan sendiri secara tidak langsung telah menperakui kesalahannya?; Walaupun kenyataan Anwar dibuat dengan unsur sandiwara untuk mengaburi mata dan pemikiran orang ramai khususnya golongan yang tidak mengikuti perkembangan politik Malaysia atau mereka yang sekadar mengenali Anwar dari jauh sebelum pemecatan beliau.
NEGARA MALAYSIA INI BUKAN SAJA UNTUK ANWAR TETAPI UNTUK KITA DAN ANAK-ANAK KITA
(Terima Kasih)