Risalah






Tajdid

Fiqh

Politik

Risalah

Pendidikan

Penerangan

Al Haq

Album 1

Album 2

Guest Book

  


RISALAH ISLAMIAH


Ibnu Taimiyah : Pemilihan Pemimpin Menurut Islam

Realiti menunjukkan bahawa sedikit orang memiliki sifat quwwah dan amanah sekaligus sedikit. Pada suatu ketika bahkan Umar bin al Khattab r.a. berdoa, “Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kerana kekuatan para pembuat dosa, dan ketidakberdayaan (kelemahan) orang yang dapat dipercayai.” Oleh kerana itu, pemilihan mahupun pelantikan penjawat untuk menempati wilayah atau daerah tertentu haruslah disesuaikan dengan kondisi dan kebutuhan daerah itu sendiri. Dengan kata lain, jika terdapat dua calon penjawat dengan karakter berbeza, yang satu lebih menonjol kekuatannya, sementara yang lain lebih menonjol sifat amanahnya. Menghadapi kenyataan seperti ini, maka prioriti utama ditentukan menurut kebutuhan dan kapasiti calon yang terpilih bagi wilayah tersebut, dan mempertimbangkan sisi mudharatnya yang lebih ringan. Dalam ruang lingkup kepimpinan perang, tentu saja lebih diutamakan pemimpin (penjawat) yang mempunyai sifat berani dan kuat secara fizikal, sekalipun kualiti dalam beragama tidak terlalu tinggi, daripada orang yang berfizikal lemah sekalipun dia soleh.

Hal ini sebagaimana jawapan Imam Ahmad atas pertanyaan mengenai dua orang panglima perang, di mana yang satu kuat namun pendosa, sedangkan yang lain soleh tetapi fizikalnya lemah. Maka siapakah yang lebih tepat dijadikan panglima perang di antara keduanya? Kemudian Imam Ahmad mengemukakan pendapat, “Perihal panglima yang kuat tetapi pendosa, maka kekuatannya itu untuk (keuntungan) kaum muslimin, sedangkan kesukaannya untuk berbuat dosa hanyalah berdampak pada dirinya sendiri. Sementara panglima yang soleh tetapi lemah, maka kelemahannya akan berdampak luas bagi kaum muslimin. Kerananya, hendaklah berperang bersama panglima yang kuat meskipun dia seorang pendosa.

Rasulullah s.a.w. bahkan pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah akan memperkuat posisi agama ini (Islam) dengan orang yang fajir (suka berbuat dosa).” [H/R al Bukhari]

Dan dalam riwayat lainnya disebutkan, “Dengan suatu kaum yang tidak mempunyai bagian sedikit pun dari agama.”

Lebih beruntung lagi apabila selain kuat, panglima perang tersebut juga bukan termasuk orang yang fajir, sebab bagaimanapun individu seperti ini jauh lebih baik daripada yang lebih soleh agamanya.

Sehubungan dengan itulah, Khalid bin Walid sentiasa dilantik oleh Rasulullah s.a.w. sebagai panglima perang sejak kelahiran Islam. Baginda bahkan bersabda, “Sesungguhnya Khalid adalah pedang yang dihunuskan Allah kepada kaum musyrikin.”. Walau dalam seharian, Khalid bin Walid terkadang juga melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan suatu ketika, baginda menadah kedua tangan beliau ke langit seraya berdoa, “Ya Allah, aku berlepas diri kepadaMu dari apa yang diperbuat Khalid.” Peristiwa ini berkenaan dengan tindakan Khalid ketika diutus oleh Rasulullah s,a,w, kepada suku Jadzimah, ternyata beliau melakukan serangkaian pembunuhan dan mengambil harta kekayaan secara syubhat. Tindakan Khalid ini sangat bertentangan dengan perintah Rasulullah s.a.w. bahkan beliau sudah diperingatkan para sahabat agar tidak melakukan perbuatan itu. Akibatnya, Rasulullah pun pada akhirnya harus membayar diyat (denda) ke atas pembunuhan tersebut dan menjamin untuk mengembalikan harta mereka.

Namun demikian, Rasulullah s.a.w. tetap berkenan melantik Khalid bin Walid menjadi panglima perang. Sebab, untuk masalah yang satu ini beliau lebih layak daripada yang lainnya.

Sesungguhnya Abu Dzar r.a. adalah sahabat yang lebih soleh dalam hal amanah dan kejujurannya (daripada Khalid bin Walid), akan tetapi Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda kepadanya:

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya aku melihat dirimu itu lemah, dan sesungguhnya aku mencintai untuk kamu atas sesuatu yang aku mencintainya untuk diriku. Janganlah kamu memerintah dua orang dan menjadi wali bagi harta anak yatim!” [H/R Muslim]

Padahal sebuah kesaksian mengatakan, “Sungguh tidak terdapat di kolong langit dan di atas bumi orang yang paling jujur perkataannya melebihi Abu Dzar.”

Pada kesempatan lain, Rasulullah s.a.w. bahkan pernah melantik sahabat beliau sebagai panglima perang dengan pertimbangan yang mendatangkan kemaslahatan, yang sebenarnya, pada saat itu, terdapat sahabat lain yang lebih baik dalam ilmu dan keimanan. Misalkan pelantikan Amru bin al As menjadi panglima dalam Perang Dzaatus Salaasil adalah sebagai ungkapan terima kasih atas jasanya mengIslamkan saudara-saudaranya. Hal yang sama juga terjadi kepada Usamah bin Zaid, yang dilantik sebagai panglima perang oleh baginda kerana penghormatan atas jasa-jasa ayahnya yang telah syahid lebih dahulu.

Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang tersebut di atas juga diwarisi oleh Abu Bakar r.a. yang tetap mempertahankan Khalid bin al Walid sebagai panglima perang untuk menghadapi kelompok murtad mahupun dalam penaklukan Iraq dan Syam. Sementara Khalid sendiri telah melakukan kesalahan-kesalahan yang ditakwilkan. Disebutkan, bahawa suatu ketika Khalid berbuat kesalahan dengan menuruti hawa nafsunya belaka. Atas kesalahannya itu, Abu Bakar masih memaafkan Khalid dengan tidak memecat dari jawatannya, tetapi hanya menasihatinya. Bagaimanapun, dengan kepimpinan Khalid ini dapat mendatangi kemaslahatan yang besar, kerana hanya beliaulah yang layak menduduki jawatan sebagai panglima perang daripada lainnya.

Itulah gambaran kemitraan yang terjalin dengan selaras penuh keseimbangan. Jika pemegang kuasa tertinggi beriskap lunak, sayugialah memiliki wakil yang berperwatakan lebih tegas (keras). Sebaliknya, jika karakter penguasanya keras, sebaliknya memilih wakil yang lebih lunak, sehingga tercapailah keseimbangan. Kerananya, Abu Bakar yang bersikap lembut lebih condong kepada Khalid yang beperwatakan keras. Akan halnya Umar bin al Khattab yang beperwatakan keras sama seperti Khalid, lebih suka kepada Abu Ubaidah Ibnul Jarrah yang berperangai lunak (lembut) daripada Khalid bin al Walid. Dengan ada keseimbangan, maka terwujud pula keharmonian, dalam konteks ini sebagaimana tercermin daripada kebijaksanaan para khalifah sahabat Rasulullah s.a.w. Hingga wajarlah apabila baginda bersabda, “Aku adalah Nabi yang penuh kasih sayang, aku adalah Nabi yang berada dalam lembah peperangan,” (sebagai simbol kekerasan). Baginda juga bersabda, “Aku adalah orang yang suka tersenyum, tetapi juga tidak segan-segan membunuh (musuh-musuh yang membahayakan keselamatan kaum muslimin).” Sedangkan umat baginda merupakan umat pertengahan (ummatan wasathan).

Allah s.w.t. berfirman, “Orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang kepada sesama merela (sesama mukmin). Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya.” [al Fath : 29]

Itulah sebabnya, baik Abu Bakar mahupun Umar r.a. ketika memegang jawatan khalifah, terlihat adanya kesempurnaan dan keseimbangan dalam wilayah kepimpinan mereka. Kedua-duanya telah mewarisi teladan dari salah satu sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. (sikap lunak dan keras). Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri memerintahkan, “Berqudwalah kepada dua orang setelahku, yakni Abu Bakar dan Umar!” Sementara itu, Abu Bakar mempunyai sikap lebih tegas daripada Umar mahupun sahabat-sahabat lainnya dalam memerangi kelompok orang-orang murtad.


 

Ummu Salamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya dilantik ke atas kamu amir-amir (ketua-ketua) yang kamu kenali dan kamu bantah. Barangsiapa yang benci maka sesungguhnya dia tidak bersalah dan barangsiapa yang ingkar maka sesungguhnya dia selamat, tetapi sesiapa yang rela dan tunduk.” Mereka pun berkata: “Adakah kita perangi mereka?” Baginda bersabda, “Tidak, selagi mereka mendirikan solat.” [H/R Muslim]



Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Kebenaran itu tidak dikenali melalui individu tetapi kenalilah kebenaran itu nescaya anda akan kenal ahlinya.”



Ibnu Taimiyah r.a. pernah berkata, “Aku (Ibnu Taimiyah) pernah berjalan bersama-sama beberapa orang sahabatku pada zaman Tartar melewati suatu kaum yang meminum arak. Maka orang-orang yang bersamaku telah mengingkari perbuatan mereka itu. Tetapi aku mengingkari perbuatan mereka (sahabat-sahabatku) dan berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak kerana ia menghalang kepada mengingati Allah dan solat dan mereka itu (yang meminum arak) telah dihalangi kerana arak dari membunuh jiwa-jiwa, menculik zuriat (kanak-kanak) dan mengambil harta-harta, maka tinggalkan mereka (di dalam perbuatan mereka)”.



 


SALAHFAHAM TENTANG KEMISKINAN



 
: Dunia itu hanyalah hiburan dan permainan, keenakan
dan keempukan nikmatnya menjadi perhiasaan kpd
manusia.
Pun begitu, kita disuruh supaya menjadikan dunia ini
sebagai tunggangan menuju keredhaan Allah Taala
sebagaimana persabdaan Nabi s.a.w. dlm sebuah hadith,
bahkan dlm hadith tersebut menegah kita drpd mencaci
maki dunia.

Hal keadaan di dunialah menentukan keadaan kita di
akhirat. Dunia adalah lawan dan pasangan kpd akhirat
seprt siang dan malam, lelaki dan perempuan dsbnya.
Tidak boleh kita menafikan keberadaan atau nasib kita
di dunia.

Kita diciptakan sebagai khalifah utk memakmurkan
dunia in, ini disebutkan dlm Quran. Bukan setakat
duduk atas tikar sembahyang, berpuasa, atau berzikir
sahaja. Hal keadaannya sama bila kita bekerja utk
dunia ikhlas lillahita'ala maka ia dikira dlm
lingkungan peribadatan, 'uubudiyyah sprt mana
disebutkan dlm quran ttg tujuan kejadian manusia.

Hari ini, apabila sesetengah pihak mendakwa ilmu
sains dan teknologi sbg ilmu sekular atau keduniaan
semata2 maka mereka dgn sendirinya telah menafikan
fungsi ilmu itu sbg pelengkap kpd tiap2 kefardhuan yg
dituntut oleh Islam. Bila mereka berfikir org yg
belajar ilmu sains dgn tiada mengabaikan nilai2 murni
agama, maka dgn sendiri merekalah berfikiran sekular.
Merekalah yg mengasingkan hal2 yg sepatutnya
dilingkungkan dlm agama sebg tiada asalnya dlm agama.
Umpamanya, seorg ahli agama dan siasah yg mengecop
pihak lawannya sbg sekular atas krn mereka berusaha
utk meningkatkan pencapaian ekonomi watan, sedangkan
kita tahu soal ekonomi, iktisas tidak pun terpisah
drpd tuntutan agama.

Kita sedih dan hairan hari ini ada org yg dianggap
intelektual Islam berani menuduh orang lain sebagai
sekularis hanya kerana orang itu menyarankan supaya
umat Islam tidak hanya mementingkan soal2 ilmu agama
shj tetapi juga ilmu bukan agama, utk survival umat
Islam.2

Dlm aspek keduniaan, Islam tidak pernah menghalang
umatnya drpd melakukan apa yg difikirkan terbaik utk
dunianya. Ini disebutkan oleh Nabi melalui sabdanya,
"Antum a'lamu bi amri dunyakum - kamu lebih tahu akan
urusan dunia kamu" (Sahih).

Ruang lingkup kebebasan ini perlulah dimanfaatkan
sepenuhnya oleh kita dlm pada kita berusaha menjadi
khairun ummah, ummatan wasotho, umat pertengahan,
dimaksudkan umat pertengahan ini ialah umatnya menjadi
penuju arah atau kiblat umat2 lain dlm segenap bidang.
Kita mahu kecemerlangan Tamadun Islam dikembalikan.
Pastinya tanpa penghayatan ttg pentingnya ilmu fardhu
ain dan kifayah, maka hasrat kita t/akan tercapai. Al
Quran dan sunnah perlu dijadikan sumber rujukan dlm
apa2 masalah.

Berusaha bukan sekadar utk kejayaan akhirat tetapi
juga dunia kita. Matlamat kita adalah hasanah di dunia
dan hasanah fil akhirah. Hasanah fid dunya bukanlah
bermakna kemewahan semata2 tetapi memperoleh nikmat
Allah yg sentiasa disyukuri dan ditambahi tuhan.

Sesungguhnya harta dan kekayaan bukanlah menjadi
objektif kehidupan kita tetapi sebagai alat. Alat guna
utk mencapai keredhaan Allah. Bila manusia menjadikan
harta & kekayaan sbg objektif maka manusia itu akan
menjadi mudah lalai dan lupa, sehingga menjadilah
mereka sbg insan yg tidak tahu bersyukur dan mengenang
budi, bongkak, takabur, riak dan sum'ah. Sikap yg
tidak bermatlamatkan benda inilah yg dikatakan sebagai
zuhud akan dunia.

Bagaimanapun bila mana seseorg itu berusaha dan
ditakdirkan m2enjadi kaya atau hartawan, bukanlah
bermakna ini t2idak digalakkan sprtmana dakwaan
sesetengah pihak. Kononnya susah nak ke syurga.

Kekayaan dan kemiskinan tidak boleh dinisbahkan kpd
nilai kehormatan atau kehinaan secara khusus atau
sebaliknya. Kerana kaya tidak semestinya disayangi
Tuhan, miskin tidak semestinya dibenci Tuhan begitulah
sebaliknya kaya tidak semestinya lalai atau miskin
tidak semestinya taat.

Disebut oleh Nabi s.a.w. dlm sebuah Sahih Bukhari bhw
yg baginda takuti bukanlah kepapaan atau kefakiran
tetapi kemewahan atau kekayaan yg melimpah ruah.
Bukanlah bermakna Nabi tidak mahu umatnya menjdi
hartawan atau jutawan tetapi melazimkan sesuatu itu
dgn kelaziman dlm peristiwa masa itu. Hadith tidak
boleh dijadikan hujah tanpa merujuk kpd peristiwa dlm
hadith itu sama juga dlm hal takfir dlm ayat berkaitan
tidak menghukum dgn hukum Allah dikatakan sbg
kaafirun, dzolimun, faasiqun.

Hadith ini tidak boleh dijadikan hujah bahawa lebih
baik setiap umat Islam itu berkeadaan miskin drpd
menjadi kaya krn dlm hadith sahih lain menyebut Nabi
berdoa antara lain berbunyi : Jauhkanlah kami drpd
kejahatan oleh kekayaan dan kemiskinan." Jelas sekali
kemiskinan juga menjadi faktor pendorong berlakunya
kemungkaran dan kefasadan. Benarlah kata2 Umar dan Ali
r.a. tentang kemiskinan ini. Jika 2 org khalifah
rasyidin ini berani berkata demikian (Hampir2 kefakiran kepada kekufuran, Jika kemiskinan itu org nescaya aku bunuh ia)apakah kita umat yg mutakhir ini berani berkata
yg bertentangan dgn mereka yg diiktiraf kefaqihannya
oleh jumhur kaum muslimin. Merekalah orang yg berada
di kurun pertama (sahabah)yg dikatakn sebg kurun
terbaik.

Memang benar Nabi s.a.w. seorg yg miskin dan tidak
kaya tetapi ini juga tidak boleh dijadikan hujjah.
Kononnya ianya sunnah Nabi. Jika inilah diwar2kan sebg
sunnah Nabi yg mesti diikut maka apakah bila Nabi
seorang yg ummiyyin (buta huruf) maka kita pun mahu
jadi buta huruf?? Nabi tinggal di Madinah kita pun nak
tinggal sama kat sana?? Tidak ada sbrg nas yg menyuruh
umat Islam supaya hidup miskin, mati dlm kemiskinan,
atau dibangkitkan dlm kemiskinan.

Hadith yg menyebut ttg Nabi s.a.w. minta dihidupkan
dan dimatikan dlm keadaan miskin adalah hadith maudhuk
(palsu). Ianya hanyalah rekaan ahli2 bid'ah, puak2
tasawuf sesat. Bila mereka yg t/belajar metodologi
hadith maka mereka akan mudah terpedaya dgn hujjah
puak2 ini.

Disebutkan oleh Nabi s.a.w. bahawa org miskin di
kalangan umatnya (tidak termasuk kalangan sahabat)
masuk syurga awal beratus2 tahun sebelum org kaya
sementara berpuluh2 tahun dlm kalangan sahabat menurut
hadith sahih (Sila rujuk kitab hadith).

Hadith ini merupakan gambaran umum ttg keadaan di
akhirat kelak, tidak pula mempunyai huraian detail ttg
siapakah org miskin yg maksudkan atau org kaya yg
dimaksudkan itu. Apa2 huraian adalah hasil ijtihad
para ulama, yg tidak bersifatkan qati'e dan ia
sentiasa berubah, zonni dan bergantungkan kpd
penafsiran tiap individu mengikut aliran pemikiran,
zaman dan keintelektualan mereka. Pendpt mereka masih
boleh dipertikai asalkan atas dasar iman dan ilmu.

Kelemahan umat Islam hari ini ialah mereka masih
tidak dpt membezakan antara hukum2 bersifat qati'e dan
zonni. Sehinggalah mereka sanggup menuduh org yg tidak
sependapat sebg jahil dan tidak Islam, sprtmana dlm
hal perbedaan mazhab fiqh. Bila ada pemimpin yg
bersalam dgn rakyat yg bukan muhrim maka dicemuhnya
dgn tuduhan2 bhw jahil agama dan fasiq sedangkan kita
tahu bahawa ia masih dlm lingkungan khilafiah, pendpt
muktabar mengharuskan bersalaman dgn bukan muhrim dgn
syarat tidak bernafsu atau menimbulkan fitnah.
Bukanlah bermakna kita menggalakkan bersalaman laki
perempuan tetapi biarlah kita faham kedudukan sebenar.
Keluarkan diri drpd kepompong jumud dan taqlid buta
tuli 2kpd mazhab atau terlalu fanatik kpd satu2 mazhab
saja.

Kita melihat pula kpd hadith ttg ramainya penghuni
syurga dr kalangan org miskin, dan penghuni neraka dr
kalangan wanita. Bukanlah bermakna hadith ini
memberikan imej negatif kpd tiap2 watak dlm matannya
itu tetapi sbg gambaran umum shj. Soal2 lain yg
menyentuh ttg watak mereka tidaklah disentuh secara
pjg lebar. Persabdaan nabi adalah sebenarnya datang
dari Allah, bukanlah berdasar andaian2 @ fikirannya
semata2. Pun begitu dlm perkara yg samar2 ini perlu
kita merujuk kpd nas2 sahih, bukannya melalui takwilan
mlalui andaian2 atau zhan ataupun kasyaf. Ingatlah
firman Allah, "Dan janganlah kamu mengikuti akan apa
yg kamu tidak ada pengetahuan ttgnya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati kmu akan diminta
dipertanggungjawabkan.: (Al Isra' : 36)

Urusan siapa masuk syurga awal secara mengkhusus kpd
seseorg individu tidak boleh ditentukan krn ia adalah
urusan Allah. Kita langsung tidak punyai pengethuan
melainkan apa yg tertulis dlm Quran dan hadith.

Mengatakan si A secara khusus, seorg yg kaya masuk
syurga lambat drpd si B secar khusus (namanya), seorg
yg miskin, adalah sesuatu yg tidak boleh diterima
akal, malah ditegah oleh Islam.

Si A jika dia seorg kaya tetapi seorg yg bersyukur,
terlaksana segala tugas2nya utk agama dlm hal fardhu
ain dan kifayah, maka boleh jadi dia masuk syurga awal
berbanding si B yg miskin tapi tidak bersyukur dgn
kemiskinannya atau kadangkala atau sentiasa
meninggalkan tuntutan agama.

Sememangnya kekayaan sebenarnya menjadi satu alat utk
peribadatan kpd Tuhan sehinggakan dlm sahih Bukhari
disebutkan bhw org2 miskin drpd kalangan sahabat dtg
kpd Nabi s.a.w. mengadu hal di mana mereka berasa rugi
krn tidak dpt menyaingi amal org kaya di Madinah. Di
mana yg kaya solat sama, puasa sama, ibadat2 lain
semua sama, cuma lebihnya mereka berharta dan
berpeluang bersedekah berbanding yg miskin. Rasa rugi
ini bagaiamanpun ditenangkan oleh nabi dgn menyebutkan
ttg amalan membaca zikir(tasbih, tahmid, takbir-rujuk
hadith)yg boleh menyamai amalan mereka. Namun begitu,
amalan ini diketahui oleh org kaya, maka mereka pun
sekali lagi berasa kekurang shingga mengadu lagi kpd
rasulullah.

Jelas hadith ini menunjukkan bhw kekayaan adalah
suatu alat utk mencapai keredhaan tuhan melalui
amalan2 sedekah dan mewakafkan harta.

Justeru hadith ini boleh dikaitkan dgn hadith ttg
orang miskin masuk syurga awal drpd org kaya
disebabkan usaha2 mereka utk menyaingi amalan golongan
kaya yg amilin itu.
Logiknya, apabila seorg miskin itu berusaha2 sedaya
upayanya utk beramal sprt org kaya melalui pelbagai
cara (menuntut ilmu utk dptkan kerja lebih baik,
bekerja kuat naikkan pangkat, kerja overtime,
bersedekah ikut kemampuannya dsbnya) tetapi
ditakdirkan masih menyamai amalan org kaya yg begitu
mudah ditakdirkan oleh Allah dgn rezeki yg melimpah
ruah, biarpun kerja sikit tapi pendpt besar, dpt
bersedekah dsbnya. Maka golongan miskin ini wajar
dimasukkan syurga lebih awal drpd si kaya tadi, yg
telah diberikan kemudahan semasa di dunia tetapi masih
gagal menewaskan si miskin drp segi timbangan amalan
di akhirat kelak. Kemudahan atau alat yg ada tidak
dimanfaatkan mereka sebaik2nya maka sepatutnya mereka
berkeadaan demikian.
Tetapi sebaliknya, jika si kaya yg bersyukur dan
sentiasa beramal tanpa takut kpd kepapaan dan
kefakiran maka mereka ini mungkin tidak termasuk dlm
golongan yg dikatakan lewat masuk syurga kerana mereka
sudah berusaha sebaik2nya, ditakdirkan Tuhan mereka
dlm kesenangan, maka bukankah jika mereka masih
dimasukkan ke dalam syurga lewat menunjukkan bhw
berlakunya kezaliman oleh Tuhan, sedangkan Tuhan itu
maha Adil? Subhanallah, maha suci Allah drpd sifat2 yg
diada2kan itu. Begitu jugalah golongan miskin yg
bertakwa tadi, miskin disebabkan mereka ditakdir
miskin walaupun sudah berusaha sedaya upaya mereka,
tidak bermakna mereka tidak dpt menyamai org2 kaya di
akhirat kelak kerana kelebihan telah dinyatakan dlm
hadith tadi berkaitan mereka masuk syurga awal.

Jelaslah, hadith berkaitan dgn soal masuk syurga
golongan miskin dan kaya ini apabila diselidiki memang
tepat dr segi logik akal yg dipandu oleh wahyu. Hadith
ini bukanlah hujjah utk memiskinkan masy atau membuat
andaian secara khusus individu yg masuk syurga awal,
ataupun ia juga bukanlah sesuatu yg tidak adil seprt
dakwaan puak2 sekularis, anti-hadith dan anti-Islam.

Kesimpulan tersirat yg dpt diambil drpd hadith tadi
bahawa Islam sebolehnya menyuruh umat berusaha ke arah
beramal sebanyak mungkin agar mendpt ganjaran terbaik
di akhirat. Kekayaan bukanlah satu syarat menjamin
mereka lebih baik disyurga, begitu jugalah kemiskinan.

Pun begitu, apa2 tafsiran ttg hadith ini bukanlah utk
diterima secara total tanpa disoalselidik kebenarannya
kerana kebenaran drp manusia sentiasa berubah2 dan
tidak mutlak. Ia boleh dibincang dan dibahaskan lagi.
Samalah dgn huraian sesetangah ulama yg mengatakan bhw
labat masuk syurga org kaya disebabkan oleh krn byk
tanggungannya terpaksa dihisab.





 
 



ANGKATAN MUSLIM NASIONAL (AMANU)